Sunday 20 October 2013

Hai, nama saya Haziq, dan ini adik saya, Nawfal!

Haziq sudah mula berimaginasi sejak berumur 2 tahun.
Gambar ketika di KLCC dalam perjalanan ke aquaria
 Suatu hari, semasa saya menziarahi Kak Long di kediamannya, di Mantin, Negeri Sembilan, ketika azan maghrib, Haziq, anak sulung Kak Long tiba-tiba memberitahu, "Haziq nak buat Vico!". Ok, buatlah. Tak kesah. Tapi entah kenapa rasa gatal pula mulut ni, "Haziq, buatkan satu untuk ayah ami." Kejam juga bila difikirkan kembali, suruh budak 4 tahun bancuhkan vico. Sebelum tu, saya ambil tugas babysitter ketika Kak Long dan Abang Long menunaikan solat mahrib, sedang saya pula berniat untuk jama' sahaja mengambil rukhsah musafir.


Tapi, menakjubkan, Haziq mampu buat dan hidangkan dengan baik. Tak ada serbuk yang tumpah, mahupun air yang tumpah di lantai sepanjang projek tersebut. Sesekali saya intai juga di dapur macam mana dia buat. Memang dia panjat kerusi dan almari untuk capai serpuk vico, susu dan gula.

Tambahan pula, selepas habis minum, pandai pula dia basuh cawan sendiri. Sambil-sambil basuhkan cawan-cawan yang ada di sinki. Erm.. ayah ami basuh sendiri taw. Kali ni tak sanggup nak minta dia basuhkan.

Bagi saya, ini satu pencapaian yang luar biasa bagi kanak-kanak 4 tahun. Kak Long, take note. Lepas ni boleh minta dia basuh pinggan dah.

Secara keseluruhan, Haziq semakin melangkah ke arah 'independency'. Lebih mahu berdikari, lebih suka 'adventure', banyak explore benda-benda baru. Tengok Haziq, teringat zaman kanak-kanak dahulu. Tak ubah! Semoga diteruskan yang baik, dan dihalakan juga kepada yang baik-baik.

Harap-harap Haziq baca post ini bila besar nanti dan sengaja saya post di sini semoga tidak lupa.
Haziq di depan, sedang memegang pepatung sesat. Nawfal pula di belakang.
Haziq ketika umur 2 tahun bersama Nawfal, tak ingat berapa tahun.

May Allah path his way and put him on the good side!

DrFahmiAA
Johor Bahru

No comments:

Facebook Blogger Plugin: By RNHckr.com

Post a Comment