Syukur! Minggu ini Allah kurniakan kepada saya satu nikmat kesibukan yang luar biasa. Bagi saya kesibukan kali ini berbeza dengan kesibukan-kesibukan yang saya lalui sebelum ini. Mungkin kesibukan kali ini disertai dengan pengalaman baru dan ditambah rencah seronok berdamping dengan watak-watak ceria.
Bermula pada hari Khamis tempoh hari, dapat bawa seorang hamba Allah ke hospital. Sehari suntuk bersamanya kehulu-kehilir selesaikan tugasan ala-ala 'explore-race' di hospital. Maklumlah, di Mesir tiada 'all in one process' atau 'all in one center', Semua perkara perlu dibuat di tempat yang berasingan dan berpisah-pisah. Mula dengan out patient klinik, kemudian x ray di bangunan sebelahnya, serum creatinin level (check darah) di bangunan luar hospital, dan ultrasound kembali ke pusat x-ray. Sambil-sambil melangsaikan misi, dapat jugalah bertaaruf dengan lebih dalam dengan Akh ini. Bila malam tiba, dapat bernafas dengan puas. Puas sebab dapat amalkan satu hadis nabi, barangsiapa yang menolong saudaranya dalam kesusahan lebih baik daripada beri'tikaf di masjid ini (masjid nabawi) selama 40 tahun (mafhum hadis).