Monday, 21 October 2013

10 Perkara Mengenai Egyptair yang Anda Perlu Tahu.


10 Perkara mengenai Egyptair yang anda perlu tahu:

1. Hanya satu penerbangan dijadualkan dalam satu hari di Malaysia. Iaitu pada pukul 9.55pm setiap hari.

2. Total berat bagasi yang dibenarkan ialah 54kg. (2 luggage 23kg setiap satu dan 8kg untuk beg kecil untuk masuk ke pesawat).  Ini menjadikan Egyptair pesawat yang membenarkan muatan terbesar kepada penumpangnya.


3. Mengadakan kerjasama dengan syarikat Malaysia Airlines (MAS), menggunakan prinsip codeshare. Ini bermakna, staf MAS boleh mendapat diskaun tiket.

4. Untuk penerbangan dari Malaysia, pesawat Egyptair akan berhenti transit di Bangkok selama 1 jam menjadikan Egyptair pesawat yang memiliki durasi penerbangan paling singkat untuk ke Mesir.

5. Menu makanan ketika didalam pesawat adalah mengikut tempat di mana anda bertolak.Walaupun Egyptair berpangkalan di Mesir, namun jika berlepas dari Malaysia, hidangan makanan akan berkonsepkan asia.

6. Selimut yang dibekalkan di atas pesawat bukanlah selimut pakai-buang tetapi selimut tersebut akan dibasuh dan digunakan semula. Tapi biasa sahaja selimut itu diambil dan dibawa balik. Saya tidak tahu status itu pula.

7. Egyptair ada menjual tiket 'Round the world'. Tiket untuk menjelajah satu dunia. Mula-mula pelanggan akan memilih mana-mana bandar di seluruh dunia untuk dilawati, kemudian barulah menyusun jadual tarikh penerbangan tersebut. Penerbangan ini bukan menggunakan pesawat Egyptair sahaja, tetapi dengan kerjasama syarikat-syarikat penerbangan lain (Star Alliance Member)

8. Harga tiket mengikut nilai matawang USD. Jika USD tinggi, maka harganya akan mahal dan begitu juga sebaliknya.

9. Untuk penerbangan antarabangsa, kaunter masuk (check-in) akan dibuka 3jam sebelum masa penerbangan dan akan ditutup 1 jam sebelum masa penerbangan. Pastikan anda hadir tepat pada masanya.

10. Penerbangan dari Malaysia ke Kaherah akan mendarat di Terminal 3 pada pukul 5.20 pagi.


No comments:

Facebook Blogger Plugin: By RNHckr.com

Post a Comment