Thursday, 27 December 2012

Minggu yang Padat, Penat dan ... (Bahagian 1)

Syukur! Minggu ini Allah kurniakan kepada saya satu nikmat kesibukan yang luar biasa. Bagi saya kesibukan kali ini berbeza dengan kesibukan-kesibukan yang saya lalui sebelum ini. Mungkin kesibukan kali ini disertai dengan pengalaman baru dan ditambah rencah seronok berdamping dengan watak-watak ceria.

Bermula pada hari Khamis tempoh hari, dapat bawa seorang hamba Allah ke hospital. Sehari suntuk bersamanya kehulu-kehilir selesaikan tugasan ala-ala 'explore-race' di hospital. Maklumlah, di Mesir tiada 'all in one process' atau 'all in one center', Semua perkara perlu dibuat di tempat yang berasingan dan berpisah-pisah. Mula dengan out patient klinik, kemudian x ray di bangunan sebelahnya, serum creatinin level (check darah) di bangunan luar hospital, dan ultrasound kembali ke pusat x-ray. Sambil-sambil melangsaikan misi, dapat jugalah bertaaruf dengan lebih dalam dengan Akh ini. Bila malam tiba, dapat bernafas dengan puas. Puas sebab dapat amalkan satu hadis nabi, barangsiapa yang menolong saudaranya dalam kesusahan lebih baik daripada beri'tikaf di masjid ini (masjid nabawi) selama 40 tahun (mafhum hadis).



Malam pula ada program qiyamullail untuk adik-adik. Hati rasa puas bila dapat ta'aruf dengan 4, 5 muka baru yang jarang-jarang mucul sebelum ini. Alhamdulillah! Semoga adik-adik ini menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang dari pelbagai sudut dan membawa agenda kesyumulan Islam kepada masyarakat dan dunia.

Hari Sabtu, hujung minggu. Hari paling malas bagi pelajar termasuklah si penulis ini. Hari cuti, hari untuk rehat dan bermalas-malasan sahaja. Entah kenapa hari tersebut jatuh pula giliran saya memasak untuk ahli-beit. Separa rela, (separa sedar sebenarnya ^_^ ) beli indomee 10 bungkus perencah mee goreng. Jerang air satu periuk. Masukkan mee, masukkan rempah, buang MSG, tumis bawang, gaul-gaul, dan hidang! Maaf, ekonomi kurang sikit hujung bulan. Kena banyak berjimat! Saya membayangkan bil elektrik yang akan sampai nanti.

Selesai memasak, dekat-dekat maghrib, siap-siap untuk solat dan i'tikaf di Masjid Musa. Janji dengan Fathi untuk berjumpa di Zalat Coffe lepas 'isya'. Walaupun sedikit kepedihan penangan braces pada dinding dalam pipi, menghasilkan ulcer-ulcer yang comel tapi berbisa, akhirnya dapat selesaikan satu juzu' tilawah sementara menunggu isya'.

Habis isya', ke Zalat Coffe, patuh pada janji yang dibuat. Kali ini perjumpaan dengan Fathi berbeza sedikit daripada pertemuan biasa. Ada 'projek' besar katanya. Saya pun akur sahajalah. 8.15, Fathi masih belum muncul. Selang beberapa minit kemudian Fathi mucul dengan wajah 'tempe' yang biasa dia buat waktu terlambat masuk kelas. Tapi tak apa lah! Janji dia belanja.

Semasa berborak-borak, terserempak dengan 'ammu Sa'ad. Seorang usahawan berbangsa Turki, berniaga di Mesir. Beliau seorang yang berjaya dalam hidupnya dan 'survive' dalam perniagaannya. Bila saya perkenalkan beliau dengan Fathi, berbinar-binar mata. Fathi memang begitu, gila sikit bila saya cerita perihal orang yang berjaya dalam perniagaan. Apatah lagi salah seorangnya ada di depan matanya. Ok, sambung berbual.

Dalam pukul lapan malam, kami selesai berborak, merancang dan merangka 'projek' besar Fathi. Kemudian terus mengambil van awam menuju ke Abboud. Sampai Abboud, alhamdulillah, disambut hangat oleh ahli beit sana. Paling tak lupa hidangan sarapan roti canai. Bukan senang nak dapatkan roti canai di Mesir. Semuanya home made. Biasanya student yang berkemahiran dan berkelapangan akan menjual makanan yang tiada di Mesir seperti roti canai ini.

Bersambung...

No comments:

Facebook Blogger Plugin: By RNHckr.com

Post a Comment