Monday 16 September 2013

Hukum-Hakam Berkaitan Dengan Musafir Pada Hari Jumaat

1. Hukum bermusafir pada hari jumaat

Sesetengah pihak ada mengatakan bahawa Mazhab Syafie melarang melakukan perjalanan 'setelah terbit fajar' yang dijangka akan meluputkan waktu Jumaat. Imam Shawkani membahagikan kepada 5 pendapat mengenai hal ini :-
  1. Pendapat yang membenarkan/ Berkata Iraqi : ini adalah pendapat kebanyakkan ulama' dari para sahabat - Umar Ibn Al-Khattab, A-Zubair bin Al-Awaam, Abu Ubaidah, dan Ibn Umar. Dari Taabi'en - Al-Hassan, Ibn Sirin dan Al-Zahiry. Dan dari Imam-Imam : Abu Hanifah, Maalik dari dari riwayat mashyur darinya, Al-'Auzaa'i, Ahmad bin Hanbal dari riwayat mashyur darinya, dari pandangan lama (qaul qadim) dari Imam Syafie, dan Ibn Qudamah telah meriwayatkan banyak lagi ulama'-ulama' lain.
  2.  Pendapat yang melarang - Pandangan Imam Syafie didalam pandangan barunya (Qaul Jadid) dari 2 riwayat, iaitu dari Ahmad dan Maalik.
  3. Pandangan yang membenarkan musafir khususnya kerana Jihad - menurut satu riwayat dari Ahmad.
  4. Pandangan yang membenarkan khususnya kepada permusafiran yang wajib (eg: pergi ke Mekah menunaikan ibadat Haji) - pilihani Ishaak Al-Maruuzi dari kalangan ulama' Syafie. Imam Al-Haramain lebih cenderung kepada pandangan ini.
  5. Pandangan yang membenarkan khususnya kepada permusafiran menunaikan keta'atan dan kewajipan atau keharusan.
Ulama' khilaf mengenai musafir setelah terbit fajar, akan tetapi semua bersepakat bahawa dibenarkan bermusafir sebelum terbit fajar kecuali Al-'Abdri dari riwayat Ibrahim Al-Nakhi'e sesunggunhya berkata :

"Tidak bermusafir selepas masuk Isya' di hari Khamis sehingga selesai Solat Jumaat" - Imam Al-Nawawi telah menyebut bahawa : Ini adalah doktrin yg batil dan tidak ada asalnya kepada yang melarang bermusafir selepas fajar mengatakan bahawa dibenarkan musafir akan tetapi perlu berhenti melakukan solat Jumaat didalam perjalanan. Larangan ini berdasarkan salah satu hadith, dari Ibn Umar ra (marfu'):-

"Barangsiapa yang bermusafir pada hari Jumaat, Malaikat akan berdo'a keatasnya agar tidak akan menemaninya semasa permusafirnya"

Al-Shaukani mengingatkan kita bahawa hadith ini Dha'if. Begitu juga Al-Albani telah menyenaraikan hadith ini dalam kitab Silsilah Al-Ahaadith Al-Dha'efah. Al-Albani menyatakan terdapat banyak riwayat-riwayat yang lain seperti riwayat Imam Muhammad bin Al-Hasan dan Al-Baihaqi (3/187) dengan sanad yang shahih meriwayatkan hadith tidak dilarang bermusafir pada hari Jumaat; dari Umar ra. berkata : "Hari Jumaat tidak ditegah dari bermusafir", dan begitu juga riwayat Abi Syaibah dan kalangan jemaah Salaf yang lain.

Berkata Al-Albani :
"Bukanlah menjadi sunnah melarang bermusafir pada hari Jumaat secara mutlak, akan tetapi riwayatnya adalah dha'ef, bahkan terdapat riwayat menunjukkan Nabi saw bermusafir pada hari Jumaat pada awal tengahari"

---------------------
Perkara penting yang perlu kira fahami disini ialah : Secara keseluruhannya ulama' Maliki, Syafie, Hanbali, Daud dan lain-lainnya TIDAK MEMBENARKAN bermusafir selepas TERGELINCIR matahari (Al-Zauwal) pada hari Jumaat. Dengan kata lain, semasa masuk waktu Solat Jumaat, permusafiran diharamkan. Cuma Abu Hanifah dan Al-'Auza'id membenarkan keatas semua solat didalam msuafir. Al-Shawkani berkata : Apabila masuk waktu solat Jumaat, maka tiada kebenaran diberi dan wajib menghadirkan diri pada solar Jumaat melainkan takut kemudharatan keatas dirinya, iaitu akan ditinggalkan oleh yang membawa di dalam permusafiran.

Ibn Qayyim juga berpandangan tidak dibenarkan musafir pada hari Jumaat sebelum menunaikannya jika sudah masuk waktu Jumaat. Berkata Ibn Utsaimin "Tidak boleh musafir pada waktu selepas tergelincir matahari" tambah beliau "Tidak dibenarkan mana-mana perjalanan pada waktu tergelincir matahari (hari Jumaat) keatas mereka yang diwajibkan ke atasnya (Jumaat), atau yang lain-lainnya, dan begitulah selepas tergelincir matahari dan masuk waktu dengan persetujuan semua, dan apabila masuk waktu solat, telah dihadiri Imam untuk bersolat Jumaat, maka pada waktu itu diharamkan bermusafir"

Dalilnya larangan : Firman Allah swt :-

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" -[Al-Juma'ah : 9].

Ayat diatas memerintahkan agar jual-beli diberhentikan, begitulah juga aktiviti lain seperti musafir, kerana jual beli akan menghalang seseorang itu daripada melakukan solat Jumaat dan begitu jugalah dengan musafir. Sesungguh tergelincir matahari menjadi sebab kepada wajib Solat Jumaat, maka menjadikan alasan-alasan lain ditangguh.

Sebagai kesimpulan, Mazhab Syafie dan beberapa pandangan dari Mazhab Hanafi melarang bermusafir selepas masuk waktu fajar, akan tetapi kebanyakkan Imam-Imam tidak termasuk Hanafi bersepakat melarang musafir apabila masuk waktu Jumaat. Menurut pandangan yang lebih ringan (lihat Al-Fiqh Al-Islami - III, bab musafir pada hari Jumaat) tiada larangan secara mutlak bermusafir pada hari Jumaat (kerana hadith larangan itu bertaraf dhaif), dan hanya waktu yang dilarang ialah ketika masuknya waktu Jumaat iaitu tergelincir matahari. Pada masa itu, segala aktiviti termasuklah jual beli dan musafir diharamkan. WA.

==============

1. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Al-Ajwibah Al-Naafi'ah 'an As 'ilati Lajnah Masjid Al-Jaami'ah. 1978.

2. Dr Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - 3. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1998.


2. Wajib solat jumaat ketika bermusafir?

-Dari Fatwa Kebangsaan

1. Solat Qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermusafir serta memenuhi syarat untuk melakukan solat Qasar. Orang yang bermusafir tidak diwajibkan solat Jumaat berdasarkan Hadith :
Maksudnya : Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir.

Jika orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai (orang yang diwajibkan solat Jumaat), maka dikira sah solat itu dan tidak diharuskan solat fardhu zohor kerana mereka menanggung kesulitan sebagaimana juga orang musafir yang melakukan puasa, sedangkan orang yang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi jika dia berpuasa maka puasanya dikira sah. Ini kerana setiap orang yang sah solat zohornya tetapi tidak diwajibkan solat Jumaat. Apabila ia menunaikan solat Jumaat, maka solatnya dikira sah mengikut ijma", sebab sah bagi orang yang tidak uzur, maka tentulah lebih sah bagi orang uzur.

2. Sehubungan dengan itu, berbagai pandangan ulama" dikemukakan. Antaranya :

Mazhab Hanafi
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 15 hari.
Mazhab Maliki

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 14 hari genap atau lebih, walaupun dengan adanya orang musafir itu tidak semestinya sah berjumaat (kerana orang musafir tidak dikira dalam bilangan Jemaah yang membolehkan sah solat Jumaat)

Mazhab Syafii
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat

Mazhab Hanafi
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir sekiranya ia berniat untuk tinggal selama 4 hari lebih ataupun musafir dengan tujuan maksiat. Ini bertujuan supaya maksiat tidak menjadi dasar kepada keringanan daripada kewajipan solat Jumaat atau kerana jarak antara tempat dia berada dengan tempat yang dilakukan solat sejauh satu fasakh atau kurang atau jarak jauh musafir itu kurang daripada jarak yang dibenarkan Qasar solat.

Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam (jilid II)


3. Jama' solat jumaat dengan solat asar.

ULAMA BERSELISIH TERHADAP HUKUM SOLAT JUMAAT DIJAMAK DGN SOLAT ASAR KEPADA DUA PENDAPAT:-

PENDAPAT PERTAMA: Mazhab hambali tidak membenarkan jamak diantara solat jumaat dengan Asar.

DALIL MEREKA:

  1. Tidak ada dalil membolehkan, asal bagi hUkum ibadat adalah dilarang kecuali ada dalil.
  2. Tidak boleh digunakan hukum qias dalam ibadat. Oleh itu tidak boleh samakan dengan zuhur.
  3. Solat jumaat adalah solat yang berbeza dgn solat zuhur dr segi hukum hakamnya.


Ini disebut dlm kitab Kasyaful Qina’ dan Matalib ulun nuha.

PENDAPAT KEDUA: JUmhur ulama membenarkan jamak takdim diantara solat jumaat dengan solat asar.

Cuma bagi mazhab syafie hanya boleh jamak takdim diantara solat jumaat dan solat asar dan tidak boleh jamak takkhir dengan melakukan solat jumaat diwaktu asar. (MAjmuk Syarhul muhazzab)

Adapun mazhab maliki memboleh jamak takdim atau jamak takhir bagi solat jumaat dan asar. Harus jamak takhir dgn membuat solat jumaat diwaktu asar . (Manhul Jalil)

DALIL PENDAPAT JUMHUR
  1. Solat jumaat adalah ganti kepada solat zuhur.
  2. Tidak ada tegahan dr Nabi saw untuk melakukan jamak dgn jumaat walaupun terdapat banyak safar pd hari jumaat pd zaman Nabi saw.
  3. Qias jumaat dgn zuhur pada jamak takdim adalah dari bab Rukhas yang dibenarkan oleh ulama usul fekah.
KESIMPULAN: Pendapat yg kuat ialah harus jamak takdim sahaja diantara jumaat dan asar. Adapun jamak takhir hendaklah diantara solat asar dan zuhur sahaja.

10 comments:

  1. Banyak pendapat ni.. Yg mana harus saya ikut? Azhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepulauan nusantara seperti malaysia indonesia singapura dan brunei mengikut mazhab syafie, oleh yg demikian kita harus mengikut pandangan imam syafie dan juga jumhur ulama, karena jumhur ulama itu sepakat dari semua ulama dari setiap mazhab.maaf kalau saya silap memberi pandangan

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ya, benar. Kita ikut mazhab syafie. Untuk lebih jelas boleh rujuk panduan dari JAKIM atau majlis agama negeri.

      Delete
  2. Setiap pandangan ulama dlm permasalahan fiqh perlu diteliti secara tekstual dan kontekstual khasnya situasi zaman. Justeru, saya memilih pandangan jumhur ulama yang mengharuskannya. Yang haram ialah sengaja cari jalan utk tinggalkan solat Jumaat tanpa sebab yg kuat menurut syariat. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Setiap pandangan ulama dlm permasalahan fiqh perlu diteliti secara tekstual dan kontekstual khasnya situasi zaman. Justeru, saya memilih pandangan jumhur ulama yang mengharuskannya. Yang haram ialah sengaja cari jalan utk tinggalkan solat Jumaat tanpa sebab yg kuat menurut syariat. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Klu krja mereka kerap bermusafir dan kdg 3 kali tdk menunaikan solat jumaat... apakah hukum nya.. ada sapa2 bleh bg pencerahan

    ReplyDelete
  5. Saya dari kuala terengganu ke kuala lumpur. Bertolak pada pagi jumaat. Kalau nak singgah dimana2 masjid boleh saja utk sembahyang jumaat. Tapi boss kata " tak payahlah...kita jamak je". Betol ke kata boss saya tu? Yg benarnya dia tu malas aje...

    ReplyDelete
  6. Saya dari kuala terengganu ke kuala lumpur. Bertolak pada pagi jumaat. Kalau nak singgah dimana2 masjid boleh saja utk sembahyang jumaat. Tapi boss kata " tak payahlah...kita jamak je". Betol ke kata boss saya tu? Yg benarnya dia tu malas aje...

    ReplyDelete
  7. Klu sy niat musafir, dan tidak melakukan smbyg jumaat... Perlukah sy menunggu sehingga smbyg jumaat selesai baru sy boleh melakukan jamak takdim?

    ReplyDelete