Monday, 7 October 2013

10 Sebab Coklat Bagus Untuk Kesihatan

1. Coklat mengurangkan risiko Angin Ahmar (Stroke)
Satu studi yang dibuat di Sweeden mendapati jika seseorang itu makan lebih daripada 45gram coklat seminggu (2 bar coklat) mampu mengurangkan 20% risiko angin ahmar dalam kalangan wanita. Coklat mengandungi flavonoids, bertindak sebagai anti-oksida membantu melawan angin ahmar.

2. Coklat mengurangkan kebarangkalian serangan jantung.
Kajian lain mendapati coklat mampu mencegah risiko darah beku dalam saluran darah terutama saluran arteri koronari (coronary artery) justeru, mengurangkan risiko serangan jantung.


3. Coklat menghalang daripada keradangan darah (blood inflammation)
Kajian pada tahun 2008, mendapati 6.7gram dark chocolate setiap hari mampu menghalang daripada pembentukan protein yang mencetuskan keradangan.

4. Coklat membantu menyelesaikan Matematik
Ahli psikologi British mendapati flavanols (salah satu bahan yang terkandung di dalam coklat, juga dalam kategori falvanoids) membantu meransang mental seseorang ketika menyelesaikan Matematik. Seorang subjek dipanggil untuk membantu kajian dan mendapati subjek tersebut mampu mengira secara terbalik daripada mana-mana nombor yang diberi secara rawak antara 800 dan 999 selepas minum secawan coklat panas. "Penemuan ini memberi idea kepada palajar yang menjadikan coklat sebagai tabiat ketika mengulangkaji pelajaran akan dapat banyak keistimewaan jika berbuat sedemikian," lapor British Telegraph.

5. Coklat berkemungkinan menghalang kanser.
Kompound yang mengandungi koko dinamakan pentameric procyanidin atau pentamer mampu membantutkan penyebaran sell kanser (metastasis). Kajian ini dijalankan  di Lombardi Comprehensive Cancer Center, Georgetown University pada tahun 2005. Pertumbuhan sell kanser dihalang dan sell tersebut berhenti membiak.

6. Coklat juga baik untuk kulit.
Flavonoids menghalang kulit wanita daripada cahaya UV matahari menurut saintis German. Tapi itu tidak bermakna tidak memakai lotion sun block atau sunscreen.

7. Coklat mengurang risiko diabetes.
Kajian telah dibuat di University of L'Aquila di Itali mendapati coklat mampu menambahkan kadar sensitiviti pada insulin  justeru, meningkatkan keberkesanan dalam mengurangkan kadar glukosa dalam darah.

8. Coklat sebagai ubat batuk.
Coklat sebagai cara paling sedap untuk membuang penyakit batuk! Theobromine, salah satu bahan yang terkandung dalam coklat mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus (vagus nerve), saraf yang membuat seseorang itu batuk. Malahan saintis baru-baru ini sedang berusaha untuk membuat alternatif kepada ubat batuk yang sedia ada sekarang ini, codeine untuk ditukar kepada theobromine.

9. Coklat melancarkan peredaran darah.
Pada tahun 2008 Havard saintis membuat kajian tindak balas manusia terhadap dua minggu peningkatan kadar pengambilan coklat. Selepas dua minggu, sangat mengejutkan apabila beliau mendapati kadar aliran darah di middle cerebral artery (salah satu arteri yang berada di otak) semakin lancar. Atau dengan nama lain, semakin banyak coklat, semakin banyak darah mengalir ke otak.

10. Coklat meningkatkan daya tahan otak.
Seorang penyelidik di Johns Hopkins University mendapati dark coklat membuat satu lingkaran pelindung di sekeliling sell otak.

Tapi, perlu diingat bahawa kebanyakan coklat yang ada di pasaran sudah diproses secara berlebihan menyebabkan sebahagian kandungan yang bagus dalam coklat telah hilang.

Sumber: facmedicine

No comments:

Facebook Blogger Plugin: By RNHckr.com

Post a Comment